Popular Posts

Monday, August 1, 2011

Bubur Candil Warna Warni





Bahan-bahanya

1 1/2 cawan tepung Pulut
sedikit air
secubit Garam
Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
1/2 biji keledek oren
1/2 biji keledek biasa
2 cawan santan
3/4 cawan gula
sehelai daun pandan
sedikit sagu mata ikan

Cara-caranya
1. Masukkan tepung pulut ,garam dan sedikit air didalam bekas adunan, uli sebati, kuantiti air tu macam kita buat kuih buah melaka.Agak-agak jelah ye.

2. Bahagi doh pada tiga bahagian, warnakan setiap satu dengan warna hijau, merah dan kuning, bentukkan kecil-kecil dan lonjong sedikit.

3. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan adunan tepung pulut tadi, rebus hingga timbul, angkat dan toskan.

4. Keledek dibuang kulit dan potong bentuk kiub, ketepikan, Panaskan 2 cawan air dan masukkan sagu mata ikan, masak sehingga sagu jernih, kemudian masukkan santan, gula dan simpulan daun pandan serta keledek, masak sehingga keledek empuk.

5.Akhir sekali baru masukkan adunan tepung pulut yang siap direbus tadi, kacau sebati dan birarkan mereneh seketika, angkat dan boleh dihidangkan. Selamat Mencuba.

Thursday, July 28, 2011

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum...
Hai, semakin hari makin kritikal la masalah yg saya hadapi ni...
Sehari mau 6,7 kali rasa nak myapu rumah...Penuh dengan rambut yang gugur...
Baru2 bsalin dulu nk jumpa 1 helai rambut gugur pun susah...skarang.hurmmmm

Ni ada sedikit info untuk kita semua...

Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?

Apa yang anda perlu ketahui:

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:

  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

Sumber:

  • dermatology.svhm.org.au
  • Postpartum hair loss, babycenter.com

Ramadhan Kembali Lagi (2011)


Assalamualaikum...wbt..
Juga selamat menyambut bulan yang mulia...RAMADHAN..lebih kurang 2 hari lagi...
Tahun ni tahun pertama saya bakal menyambut Ramadhan bersama satu2nya buah hati kesayangan saya, Nur Farraliana Safiyya, juga kali pertama saya sebagai ibu...Kalau sebagai isteri ni dah tahun yg ke-2, tapi baru ramadhan tahun ni saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sepenuhnya sebab sebelum ni kami tinggal berasingan, jarang2 je dapat berbuka sama-sama, tu pun di kedai..hehe....
Tahun ni kami berpuasa di Johor, Hubby saya dah lama posting kje kat sini, baru kali ni saya ke sini, bersama-sama dengan anak kami, Jadi tahun ni adalah ramadhan yang paling bermakna buat saya dan keluarga, entah sempat atau tidak untuk kami sambutnya lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. Harap2 kita semua dapat memanfaatkan bulan yang mulia ni dengan memperbanyakkan amal ibadat. InsyaAllah.....
Paling penting semua kena hafal ni : Lafaz Niat Puasa:� ????????? ?????? ????? ????? ? ?????? ?????? ??????? ?????????? ??????? ??????????? ???????? ?????????
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Tuesday, July 26, 2011

PENGALAMAN BERSALIN





Assalamualaikum wbt...
Hai kengkawan dan pembaca semua..Trmksih sudi baca pengalaman yang xseberapa ni, harap2 korang semua bolehla postkan pengalaman korang juga, untuk dkongsi bersama2..
7 hb 8 yg akan dtg, genapla umur Nur Farraliana Safiyya 5 bulan, hehe saya baru nk postkan pengalaman bersalin ni. Maklumlan ade baby la katakan sibuk ler, lg2 baby pertama...
Kalau diikutkan due Safiyya 19 Mac 2011, ntah la maybe die xsabar2 nk kuar jumpa parents die kot..Pada malam 6 Mac, rutin saya mcm biasa makan malam, rehat2 tgk tv sambil berbaring..hehe(mcm pemalas je) biasa la dah 38 minggu penat ler...Berat badan pon dari 46kg naik sehingga 62kg..Dalam pukul 10 mlm, tetiba rasa sakit dbahagian ari2(kawasan bawah pusat) xtaw rasa nk dberitahu mcmna, maybe mcm sengugut tapi lebih kuat..sakit tu dalam 2 minit jer...
Dalam hati dah bersebar2, eii, xkan dh nk deliver kot, due lambat lg, saya buat xtaw je, masuk bilik dan tdo, dalam pkil 12, sakit yg sama berulang, saya bangkit dan ke tandas, mana la tau nak buang air besar ke, tunggu punya tunggu xde plak kuar...erm, xdapat tdo dah mlm tu, sakit berulang sejam sekali, segera la kejutkan mak n ayah, saya segera dibawa ke Hosp. Besut.Sampai di sana dalam pukul 2 pagi, nurse terus cek jalan, baru 1cm, saya tanya nurse brapa cm baru blh bsalin, nurse gtaw 9cm...(1 cm dah sakit cam gini, 9cm mcmne yer..hehe) Tanda2 pon xde kuar darah atau air ketuban .
Saya dihantar ke wad, sakit berulang sejam sekali kemudian setengah jam sekali, xlalu mkn, nak tdo pon xboleh, fmili saya dan sebelah mertua menunggu kat luar...pagi esoknya 7mac dorang semua boleh masuk..Bawakan makanan, erm,,,semua xsempat nak jamah, cuma seteguk au=ir kotak milo je,,sakit dah mula 15 minit sekali...Saya dah xtahan, terus minum minyak selusuh yg mak bidan buat...wah...lepas minum 2 tegak...sakit makin kuat...lambatnye nurse datang cek...
Jam 4 petang, nurse datang cek, saya bgtau la sakit sampai xtahan, org sebelah katil pun turut bersimpati, mana tak nye,,habes bantal saya basah...kena gigit...heheheh...masa tu dalam hati xtaw nk fikir apa...herm....memandangkan nurse xdatang2, saya sendiri bawa barang2 baby pegi labour room..dorang cek kat sana dah 6 cm,,ape lagi ready la jam 4.30 petang.
Dah masuk labour room, ni la masa yg paling xtahan, tuhan je yg tahu, nasib la saya masih ingat doa2 semasa hendak bersalin, ayat kursi...herm..habes ayat la baca...akhirnya jam 7.32pm barulah baby saya selamat dilahirkan...wah..cantik,rambutnye lebat, pipinye tembam, mata te bengkak,..heheh..Syukur Alhamdulillah..Semua selamat n cukup sifat...

Post Untuk Bakal Pengantin : )




Assalamualaikum...
Salam sejahtera kepada viewer2 semua..Kepada bakal pengantin(yg bakal mendirikan rumahtangga raya nnti..hehe) tahniah2...juga yang telah merancang..dan xlupa juga kepada kengkawan yang dah ade calon, tapi belum BERSEDIA..xkisahlah yang penting isu2 pantang larang sebelum berkahwin ni penting tau...
Jadi marilah kita sama-sama hayati..InsyaAllah..

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

MURTABAK MEGGI


Jom cuba resepi ni......
MURTABAK MEGIE

Bahan-bahan ( lbh kurg 6 keping )

  • 2 maggi kari ( dicelur dan ditapis)
  • 4 biji telur
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Bawang Putih dipotong dadu
  • Cili Merah dan cili padi ( jika suka)
  • Daun sup
  • Sedikit garam dan perasa
  • 2 peket perisa kari
  • *saya guna sebahagian drpda kuantiti brg diatas, sebb mkn berdua

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan td didalam mangkuk. Pastikan telur dipukul mangkuk lain dan baru dimasukkan ke dlm bhn.. Boleh tambah ape2 bahan lain jika suka
  2. Panskan kuali dgn api sederhana dan masukkan sedikit minyak
  3. Masukkan bhn td ikut saiz ape yg kita suka..mcm goreng telur jerk.. Selamat Mencuba!!



Monday, July 25, 2011

DENDENG DAGING KICAP MANIS


Assalamualaikum wbt.
Selamat bertemu kawan2, sedara-mara dan semua yg menyinggah ke blog yg x seberapa ni. Kali ni saya nak kongsikan 1 resepi yang saya dapat dari 1 sumber dan saya ubah suai sedikit dengan citarasa saya dan suami.

bahan-bahanya
500gram daging batang pinang
100gram cili merah
50gram cili padi ( letak dlm 4 biji cili padi)
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
5cm halia
5cm kunyit hidup ( saya guna kunyit serbuk)
1 sudu kecil garam
1 sudu teh gula

1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar jus limau nipis (saya letak limau kasturi)

Cara-caranya
1. Rebus daging hingga empuk, sejukkan daging dan hiris nipis-nipis, gaul dengan sedikit kunyit dan garam, selepas itu goreng daging hingga garing. Ketepikan.

2. Tumbuk halus atau kisar halus bawang putih, bawang mera,halia, cili merah dan cili padi. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga naik bau dan agak garing. Kemudian masukkan kicap manis.

3. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula, hias daging dendeng dengan menabur hirisan daun kucai, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.