Assalamualaikum wbt.
Selamat bertemu kawan2, sedara-mara dan semua yg menyinggah ke blog yg x seberapa ni. Kali ni saya nak kongsikan 1 resepi yang saya dapat dari 1 sumber dan saya ubah suai sedikit dengan citarasa saya dan suami.
bahan-bahanya
500gram daging batang pinang
100gram cili merah
50gram cili padi ( letak dlm 4 biji cili padi)
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
5cm halia
5cm kunyit hidup ( saya guna kunyit serbuk)
1 sudu kecil garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar jus limau nipis (saya letak limau kasturi)
Cara-caranya
1. Rebus daging hingga empuk, sejukkan daging dan hiris nipis-nipis, gaul dengan sedikit kunyit dan garam, selepas itu goreng daging hingga garing. Ketepikan.
2. Tumbuk halus atau kisar halus bawang putih, bawang mera,halia, cili merah dan cili padi. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga naik bau dan agak garing. Kemudian masukkan kicap manis.
3. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula, hias daging dendeng dengan menabur hirisan daun kucai, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
kawan2 semua mesti cuba..saya letak banyak cili bcoz my hubby suke pedas..
ReplyDelete